[VIDEO] Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Setelah menyepikan diri daripada media sosial, adik kepada selebriti terkenal Neelofa kini dilihat muncul dengan imej baharu.

Menerusi sebuah video perkongsian oleh akaun @lailakhanakhamad1 di TikTok, memperlihatkan Neelofa dengan adiknya, Ameera Khan sedang mempromosikan produk pembayang mata jenamanya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai, Ameera dilihat membawa imej baharu yang mana disifatkan sedap mata memandang sebagai seorang muslimah oleh warganet.

Dalam video tersebut, Ameera telah memakai pakaian sopan dan mengenakan stokin tangan.

VIDEO

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan mendoakan supaya Ameera terus istiqamah dengan cara pemakaian yang sopan seperti dalam video.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warganet turut perasan mengenai perubahan cara ketawa Ameera. 

Terdahulu, Ameera telah membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya gara-gara menerima kecaman mengenai isu pemakaian tudung secara on-off dan gaya pemakaiannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Xtra

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*