“SAYA terp4ksa kuat demi isteri.”
Demikian kata Muhammad Wafiy Adli Mutalib, 26, selepas dia dan isteri, Kamaliah Nazihah Rahim, 24, kehilangan b4yi kembar mereka pada 4 Jun lalu.
Menurut peniaga burger dari Bagan Serai, Perak itu, b4yi kembar yang diberi nama Muhammad Khalif dan Muhammad Khalaf itu disahkan men1ngg4l dvnia pada usia kandungan lapan bulan.
Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Wafiy mengakui dvgaan berkenaan benar-benar menguji em0si mereka sekeluarga, namun dia reda dengan ketentuan yang maha Esa.
“Kami pasangan jarak jauh (PJJ). Saya menetap di Bagan Serai, Perak bersama ibu dan adik-adik, berniaga di sini. Lagipun ayah saya baru men1ngg4l tahun lepas, adik masih kecil. Isteri pula menetap di Puchong, Selangor bersama keluarganya.
“Pada pagi 4 Jun, isteri buat video call dengan saya. Pada waktu itu masih ada pergerakan dalam perut. Petangnya isteri ke klinik untuk buat imbasan bagi melihat wajah b4yi. Tiba-tiba dia dimaklumkan doktor bahawa j4ntung b4yi tak berdegup.
Wafiey berniaga burger di Bagan Serai.
“Isteri saya terus dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan yang kedua-dua bayi kembar kami dah men1ngg4l dalam kandungan. Doktor kata kemungkinan kerana saluran d4rah tersumbat, tapi kami masih menunggu keputusan sebenar,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada November tahun lepas.
Menurut Wafiey, dia terus bergegas ke Hospital Putrajaya selepas dimaklumkan khabar dvka itu oleh isterinya pada hari kejadian.
Biarpun sedih dengan takdir yang tertulis untuk mereka, dia tetap menguatkan semangat kerana tidak mahu isterinya terus menyalahkan diri atas apa yang berlaku.
“Bila dapat tahu, terus rasa gelap dunia. Saya terus bergegas ke sana. Dengan trafik yang sesak, malam baru saya sampai. Memang sedih, tapi saya kuatkan semangat dalam perjalanan. Saya tak mahu jadi apa-apa kejadian buruk dalam perjalanan ke sana.
“Sampai di hospital, saya nak pandang wajah isteri pun sedih. Tapi nak sedih pun tak boleh, kena kuat demi dia. Saya tahu dia pun sedih dan men4ngis, tapi dia tak nak tunjuk depan saya. Isteri minta maaf kerana tak dapat jaga b4yi itu.
View this post on Instagram
“Saya kata tak apa, jangan salahkan diri. Yang penting dia selamat. Lagi sedih bila kami dengar suara b4yi lain men4ngis di hospital, sedangkan jen4zah b4yi kembar kami diletakkan betul-betul di bucu katil isteri selepas dilahirkan.
“Akhirnya bayi kembar kami dikebvmikan di Tanah Perkvburan USJ 21 Subang Jaya. Ketika di kvbur, saya sempat azan masa nak kebumi. Lagi sedih tentunya ketika proses berp4ntang. Bukan mudah berp4ntang tanpa b4yi di sisi,” ujarnya lagi.
Selepas empat bulan kejadian dvka itu, pasangan berkenaan lebih terbuka untuk bercerita mengenai pengalaman mereka, malah isteri Wafiey turut berkongsi bingkisan video penuh emosi menerusi laman TikTok.
Video yang meraih lebih sejuta tontonan dalam masa 24 jam itu memaparkan Wafiey berkali-kali menyapu air m4ta isterinya yang sedang memangku jen4zah anak mereka sebelum dikebvmikan.
Posting ini turut dihujani doa-doa netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu agar mereka terus cekal mendepani hari-hari mendatang.
KIsah kem4tian bayi itu mengundang simpati ramai menerusi TikTok.
“Syukur Alhamdulillah, ramai yang bagi kata-kata semangat. Walaupun tak kenal, mereka tetap doakan kami. Saya pun doakan mereka semua.
“Memang terharu baca doa netizen. Walaupun teruk apa yang kami lalui, saya tahu di luar sana ada orang yang jauh lebih susah. Dah bertahun kahwin tak ada cahaya mata.
“Tapi tak apa, kita berserah pada rezeki tuhan. Yang mana belum ada cahaya mata, saya doakan lepas ni anda akan diberi cahaya mata. Masing-masing ada dugaan. InsyaAllah kita akan dapat yang lebih baik lepas ni,” ujarnya lagi.
Dedah Wafiey, dia juga merancang membuka gerai burger di Selangor tidak lama lagi kerana tidak mahu berterusan tinggal berasingan dengan isterinya yang bekerja dengan sebuah syarikat di negeri itu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : mstar.com.my
Be the first to comment on "H1ba nak lepas b4yi kembar untuk dikebvmi… detik suami berkali-kali tolong sapu air m4ta isteri undang seb4k"