[VIDEO] Comelnya, Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal… “Tiada yang lebih menyay4tkan hati selain anak ummi ini dis4kiti”

ENGGAN anaknya terus menerima pelbagai komen negatif, pengacara dan usahawan Noor Neelofa akhirnya berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal kepada umum.

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa, 33, meluahkan kesedihan apabila melihat anaknya disakiti memandangkan Bilal masih lagi kecil.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini dis4kiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” katanya.

Neelofa mendedahkan wajah anak sulungnya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sementara itu, Neelofa berkata kehadiran Bilal adalah hadiah paling berharga buat dirinya dalam hidup.

“Bilal anak ummi sayang… Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.

“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan… Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini dis4kiti.

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Kesempatan itu juga, Neelofa turut mendoakan anaknya menjadi insan yang berbakiti kepada kedua ibu bapanya selain bersyukur akan kelahirannya.

“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam. Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya… Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut nabi.

Bilal anugerah terindah untuk Neelofa dan PU Riz.

“Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya,” tambahnya.

Sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa sedih apabila wajah anaknya itu diubah oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menerima pelbagai rekasi negatif dari netizen.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

 

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : bartasangbad.site

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Comelnya, Neelofa akhirnya dedah wajah penuh Bilal… “Tiada yang lebih menyay4tkan hati selain anak ummi ini dis4kiti”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*