[VIDEO] Pesak1t k4nser masuk dewan guna stretcher, terIantar bersanding di pelamin… tetamu seb4k, pengantin perempuan tetap senyum

REZEKI, jod0h dan aj4l semuanya telah ditetapkan oleh Allah.

Jika sudah tiba masa, siapalah kita untuk menidakkan takdirnya.

Ketetapan ini boleh dikaitkan dengan kisah dikongsikan oleh seorang wanita yang sanggup menerima seorang pes4kit k4nser sebagai suaminya.

Sebagaimana dikongsikan Siti Marha di TikTok miliknya, dia dilihat tersenyum ketika bersanding dengan pasangannya hanya terl4ntar di atas pelamin pada majlis perkahwinan mereka di Iman Iris Grand Hall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor..

Jelas Marha, suaminya mengh1dap peny4kit k4nser Leiomyosarcoma tahap empat dan tidak lagi mampu berjalan sejak September lalu.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada 12 Oktober baru-baru ini dan majlis dilihat berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu.

“Suami saya merupakan pes4kit k4nser tahap empat.

“Sejak bulan September dia tak dapat berjalan disebabkan k4nser mereb4k ke tulang belakang,” katanya.

Semangat dan kesungguhan pengantin lelaki yang tetap bersanding walaupun dalam keadaan terl4ntar mengundang seb4k tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan pasangan itu.

Kesediaan seorang wanita yang sanggup bernikah dengannya juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Allahuakbar. Seb4k rasanya melihat majlis perkahwinan Hashimi (pengantin lelaki) dengan keadaan tidak berapa sihat bersama pasangannya itu.

“Syurga buatmu adik. Ya Allah kuatkanlah dia untuk menempuhi liku-liku kehidupan ini.

“Allah menjanjikan terbaik untuk kamu. Ya Allah sedihnya saya tengok video ni,” demikian antara komen netizen.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan pengantin lelaki diusung masuk ke dewan dengan bantuan alat pengusung (stretcher).

 

Dia s4kit dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan.

MARHA

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menjadi pertikaian dalam kalangan warganet apabila pengantin tersebut tidak menggunakan kerusi roda yang dianggap lebih memudahkan pergerakan.

“Kaki suami bengkak dan tak boleh bengkok.

“Dia sak1t dari pinggang ke kaki sebab tu kami tempah ambulans sahaja untuk memudahkan pergerakan,” jelas Marha.

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung pada 12 Oktober lalu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tular berkenaan, Marha amat berterima kasih dengan komen-komen positif dan doa yang baik daripada warganet.

“Allahuakbar, semoga dipermudahkan segala urusan. Hebatnya pengantin perempuan yang sanggup menerima seadanya dia (pengantin lelaki).

“Semoga adik cepat sembuh dan bebas daripada kanser serta dipermudahkan segala urusan raw4tan. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah,” komen seorang pengguna lain di media sosial berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pesak1t k4nser masuk dewan guna stretcher, terIantar bersanding di pelamin… tetamu seb4k, pengantin perempuan tetap senyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*