“A1b dia juga selama ini saya simpan” – Dr Che Hafiz Dedah Apa Tindakan Yg Bakal Di Ambil Bersama Bakal Isteri

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan tidak memberi nafkah kepada anak tunggalnya selepas bercerai pada Julai 2020.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Che Hafiz berkata dia tidak hairan jika bekas isterinya itu sanggup berbohong membuat kenyataan palsu kerana dia lebih tahu siapa Lufya.

“Saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia.

“Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak.,” katanya.

Menurut Che Hafiz, sebagai bapa dia tahu tanggungjawabnya dalam memberikan nafkah kepada anak tunggalnya, Laana Haura. Ujarnya lagi, dia turut mempunyai bukti kukuh.

“Soal isu pemberian nafkah anak.Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri.

“Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah. Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yang dimana perkara sebegini boleh minimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya,” katanya.

Che Hafiz berkata lagi, dia mengenali siapa bekas isterinya itu dan selama ini dia menyimpan aib Lufya namun tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan.Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi Isteri saya yang sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2,3 bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia dan bakal isterinya yang juga pelakon, Julia Farhana akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk anaknya.

“Saya dan bakal isteri, niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada), tetapi sudah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.

“Jadi lebih profesional dan jangan babitkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri,” katanya.

Lufya dedah isu nafkah sudah lama berlarutan di mahkamah, bekas suami dan Julia Farhana dakwa difitn4h berdepan tindakan

PELAKON Lufya Omar tidak akan berdiam diri dengan dua laporan polis dibuat bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz dan aktres Julia Farhana berhubung dakwaan difitnah olehnya.

Sebaliknya kata Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, dia sendiri akan mengambil tindakan susulan bagi membersihkan namanya yang tercalar akibat tuduhan tersebut.

“Tentang isu yang hangat sekarang ini, saya akan buat sesuatu tentang laporan palsu itu. Doakan untuk saya dan anak supaya kami tenang menghadapi ujian ini.

“Apa boleh saya katakan ini adalah ujian Allah dan yakin Dia bersama orang-orang yang benar,” katanya.

Julia dan Dr Che Hafiz mendakwa difitnah Lufya.

Lufya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Isnin selepas Dr Che Hafiz dan Julia mendedahkan membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah.

Sementara itu, Lufya menjelaskan isu tuntutan nafkah anak terhadap Dr Che Hafiz sudah lama berlarutan di mahkamah dan ia masih belum selesai.

Jelasnya, sekiranya perkara itu tidak bermasalah dia sendiri tidak mahu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapatkan hak anak mereka.

“Kalau boleh selesai daripada awal, buat apa saya kena naik turun mahkamah tuntut nafkah anak?

“Bapa (Dr Che Hafiz) perlu berbincang dengan saya tanpa ada campur tangan yang lain. Kes dah bertahun dalam mahkamah. Insya Allah masa akan menjelaskan kebenaran,” jelasnya.

Lufya dan Dr Che Hafiz dikurniakan seorang anak perempuan.

Terdahulu, Julia dan Hafiz berkongsi foto salinan laporan polis yang dibuat pada 7 November lalu mendakwa Lufya mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap mereka berdua.

Dr Che Hafiz dalam kenyataannya turut memohon bekas isterinya itu berhenti daripada membuat sebarang kenyataan fitnah di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi tidak benar.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : rotikaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“A1b dia juga selama ini saya simpan” – Dr Che Hafiz Dedah Apa Tindakan Yg Bakal Di Ambil Bersama Bakal Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*