Siti Afifah dakwa kuat minum susu punca kutu,tarik perhatian orang ramai

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Video yang dimuat naik di akaun media sosialnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut.

“Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,” kata Siti Afifah dalam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 27,000, 240 tanda suka dan 143 perkongsian.

Di ruangan komen, ramai yang kelihatan tidak percaya akan maklumat yang dikongsi kerana meragui kredibiliti Siti Afifah yang bukannya seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan untuk bercakap tentang topik berkenaan.

“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor,” kata @khairuddintaha590

Dalam pada itu, ramai juga yang berkata mereka tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu hanya kerana minum susu berlebihan selama ini.

“Alhamdulillah saya dah berumur, selalu minum susu tidak ada pula kutu,” kata @suhainaza.

Terdahulu, Siti Afifah Shahbudin pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi. – KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : limauasamboi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siti Afifah dakwa kuat minum susu punca kutu,tarik perhatian orang ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*