Kuala Lumpur – Biarpun baru mencipta nama di arena muzik arus perdana, nama penyanyi Chombi sudah melekat di hati pendengar muzik tempatan, apabila mendapat perhatian selepas lagu-lagunya sering mendominasi carta tontonan di laman You.Tube.
Mengorak langkah, Chombi kini mengekalkan p.opulariti sedia ada menerusi single terbarunya, Sayunk I LoveYou yang merupakan buah tangan kedua diterbitkan.
Ramai Doakan Chombi Sembuh

Pengunjung Karnival Jom Santai yang diadakan di Aeon Mall Taiping, Perak g.empar apabila penyanyi Chombi tiba-tiba pengsan sebelum membuat persembahan pada keja.dian malam Sabtu.
Harry Khalifah yang juga bapa kepada Chombi memberitahu anaknya itu dikejarkan ke h.ospital a.kibat mengalami m.asalah tekanan d.arah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam.
Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi t.umbang sebenarnya Chombi baru lepas baik demam selain sedang datang bulan ditambah pula kehadiran orang ramai serta lighting yang panas membuatkan dia tak selesa.
Sebelum pengsan dia dah kata nampak macam gelap, tahu-tahu dia pengsan. Doktor yang merawat memberitahu dia mengalami tekanan darah rendah,” katanya.

Bagaimanapun, Harry bersyukur apabila Chombi atau Siti Maryam Ahamad Sairi, 15, dibantu seorang jururawat yang kebetulan berada di acara itu sebelum di bawa ke h.ospital berhampiran.
“Nasib baik ada jururawat masa itu, dia terus bertindak cepat. Dia yang bawa kami ke h.ospital berdekatan,” katanya.
Berkongsi keadaan Chombi, Harry memaklumkan akan membawanya mendapatkan rawatan di h.ospital sekali lagi ekoran anaknya itu mengadu s.akit dada dan mengalami m.asalah semput.
“Ini saya nak bawa Chombi ke klinik lagi sebab dia kata dia macam semput dan s.akit dada, sedangkan kami tidak pernah ada yang semput. Chombi ini kalau demam memang sangat manja,” ujarnya.

Meninjau ke akaun Instagram Chombi pula, penyanyi muda berkenaan memohon maaf kepada peminatnya di Taiping berikutan tidak dapat membuat persembahan di sana.
“Alhamdulillah saya okay sikit. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan saya dan saya minta maaf pada orang-orang Taiping sebab tak dapat nak teruskan Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi doakan saya sihat seperti biasa,” tulisnya.
Kredit : Mstar/FB
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Penyanyi Ch0mbi Sakit. Apak Khalifah Beritahu Keadaan Terkini Anaknya Buat Ramai Mend0akan"