Inilah wira! Remaja pantas kayuh perahu selamatkan budak nyaris lemas, netizen puji semangat berani redah ombak besar

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Demikian keberanian seorang remaja lelaki yang bertindak pantas menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang nyaris lemas dipukul ombak besar di tengah laut.

Difahamkan kejadian berlaku di Pantai Penunjuk Kijal di Kemaman, Terengganu kira-kira pukul 5.30 petang pada Sabtu.

Menerusi rakaman video yang tular, remaja yang bernama Zulfikar Asmadi dikatakan pada mulanya cuba menghidupkan enjin yang dipasang pada perahu gagal berfungsi.

Tanpa berfikir panjang, dia nekad mendayung perahu kecil kepunyaan bapanya ke laut bagi menyelamatkan mangsa.

Sejurus berjaya mendapatkan mangsa, Zulfikar cuba menariknya masuk ke dalam perahu tetapi gagal.

Dia bagaimanapun dilihat meminta kanak-kanak berkenaan memegang kuat pada badan perahu sebelum bergerak ke arah bertentangan untuk meneruskan dayungan.

Tindakan pantasnya menyelamatkan mangsa selepas beberapa lelaki dewasa yang berada di pantai turut membantu.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian didukung oleh salah seorang daripada mereka, manakala Zulfikar dan perahunya ditarik ke darat.

Perahu yang digunakan Zulfikar ketika meredah ombak besar.

Perahu yang digunakan Zulfikar ketika meredah ombak besar.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Info Bencana Terengganu, remaja tersebut merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal di Kemaman, Terengganu.

Video keberanian Zulfikar yang dikongsikan di halaman Facebook tersebut juga menjadi tular sehingga dikongsikan di beberapa platform media sosial yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakannya yang berani, dan mungkin tidak dapat digambarkan oleh sesetengah orang dewasa untuk melakukan perkara sama.

 

Musim begini tak payah bawa anak pergi mandi pantai, ombak besar.

NETIZEN

“MasyaAllah, semoga hidup adik Zulfikar Asmadi selalu dalam lindungan Allah. Sangat berani dik… akak pun takut dengan air laut. Tahniah!

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

“Sikapmu wahai anak, membahagiakan ibu. Ibu pasti bangga dan kegembiraan ini akan menghilangkan segala penat lelah menjagamu sejak dari kecil… terbayar dengan kemuliaan yang ada dalam dirimu. Tahniah anak muda! Semoga menjadi insan yang Allah dan Rasulullah banggakan juga.

“Umur 14 tahun. Berani bertindak, matang berfikir… jiwa besar. Semoga menjadi pejuang agama, bangsa dan negara,” komen netizen netizen memuji Zulfikar.

Pada masa sama, terdapat kritik terhadap kejadian mangsa yang nyaris lemas kerana tidak peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan peralihan monsun.

“Dah tahu air macam tsunami pergi mandi juga… takkan tak boleh berfikir langsung?

“Kalau cakap tak sayang anak, ada yang melenting. Memang benda kalau nak jadi, jadi juga… tapi mak ayah sepatutnya boleh fikir, sekarang musim tengkujuh bukan masa yang sesuai untuk bawa keluarga pergi mandi tempat macam ni.

“Musim begini tak payah bawa anak pergi mandi pantai, ombak besar,” ujar beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber :  mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Inilah wira! Remaja pantas kayuh perahu selamatkan budak nyaris lemas, netizen puji semangat berani redah ombak besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*