Penyanyi Shila Amzah Beritahu Tak T0lak Untuk Berclnta Lagi. Ini Sahaja Yang Dla Harapkan Dari Teman Hldup

Kuala Lumpur – Penyanyi, Shila Amzah, 32, mengakui tidak pernah menolak sekiranya diberi peluang untuk bercinta lagi namun jelasnya individu tersebut perlu bebas dari sebarang b.ebanan dalam kehidupan.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Khilaf A.smara ini berpendapat sedemikian kerana tidak mahu teman hidupnya itu dibebani dengan m.asalah sedia ada yang dilaluinya secara peribadi sebelum memulakan kehidupan baharu.

Ini Yang Diharapkan

Saya tak pernah menolak untuk bercinta lagi tapi dalam masa yang sama saya yakin sesiapa yang ada bebanan yang p.erit seperti saya perlu menyelesaikan m.asalah itu terlebih dahulu.

Sebabnya, saya tak mahu dia terbe.ban dan memikul tanggungjawab untuk mengendalikan m.asalah saya yang sedia ada.

“Jadi apabila saya berjumpa dengan dia, saya nak ada lebih ruang untuk menyayangi, tenang fikiran yang tidak lagi terb.ebani dengan masa lalu,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran single baharu berjudul Jauh Hati pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Juara Lagu ke 36 ini mengakui perjalanan dan kepe.ritan mengharungi episod hitam dalam rumah tangganya sehingga kini masih terasa.

Namun, setelah berjaya mencipta dan menulis lirk lagu Jauh Hati, Shila berkata dirinya berasa sangat lega dan seakan hidup semula.

Kehidupan saya selepas habis dengan kisah tersebut, saya lebih tenang dan lega. Rasa lebih b.ubbly, ceria dan lepas habis semua proses itu perasaan ini sangat luar biasa.

Kadang kala saya rasa macam dah dapat semula kehidupan asal saya, rasa lebih muda, e.nergetic dan hidup lebih bermanfaat.

“Sebab itu saya memilih untuk mengeluarkan s.ingle mengenai kisah rumahtangga saya pada hujung tahun 2022 kerana saya nak betul-betul tinggalkan kisah ini di tahun ini dan melangkah ke tahun 2023 dengan perasaan dan semangat baru,” katanya.

Sekadar info, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan berc.erai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera sulung, Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.

Kredit : TV3/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Penyanyi Shila Amzah Beritahu Tak T0lak Untuk Berclnta Lagi. Ini Sahaja Yang Dla Harapkan Dari Teman Hldup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*