Kuala Lumpur – Pelakon Nad Zainal dilaporkan sudah sedarkan diri malah sudah dipindahkan daripada Unit R.awatan Rapi ke wad biasa.
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin memaklumkan, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, juga sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke h.ospital.
Hampir sebulan dimasukkan ke h.ospital akibat pend.arahan pada bahagian paru-paru, terbaru keadaan kesihatan pelakon Nad Zainal dilaporkan dalam keadaan baik.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis iaitu Ungku Ismail menerusi satu video di Instagram. Ungku Ismail memberitahu Nad kini dalam proses pemulihan.

Berbual Dan Gelak Ketawa
Untuk pengetahuan korang, keadaan Nanad panggilan Nad Zainal sekarang tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak di in.tubated.
“Malah, Nanad dah sedar. Dia juga sudah boleh berbual dan bergelak ketawa. Dia sudah boleh ke tandas sendiri walaupun kami mel.arang kerana paru-parunya masih belum kuat,” katanya.
Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.
Dalam pada itu, Shahrulezad menjelaskan dia jarang mengemas kini tentang keadaan rakan baiknya itu kerana bers.impati dengan ibu bapa aktres berkenaan.

Menurut pengarah itu lagi, dia bimbang setiap kali berkongsi tentang keadaan Nad, pasti ada cerita kurang enak tersebar yang membuatkan ibu bapa pelakon itu berasa risau.
Apatah lagi, Nad merupakan anak tunggal dan berita n.egatif yang tersebar memberi kesan kepada keluarga mereka.
Sebab kenapa abam tak u.pdate lama tentang Nanad kerana abam kesiankan ibu bapanya. Selain mengutamakan kesihatan Nanad, kesihatan m.ental kedua ibubapanya juga menjadi keutamaan kami.
“Abam perasan setiap kali u.pdate pasal Nanad akan wujud rantaian berita yang bukan-bukan. Ia sekali gus meny.akitkan hati kami, terutamanya orang tua Nanad,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Ungku Ismail turut berkongsi perkembangan Nad yang dikatakan semakin baik.
Ungku juga memaklumkan, Tabung Kec.emasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini sudah berjaya mengutip sebanyak RM 270,000 hasil sumbangan orang ramai akan digunakan bagi tujuan perubatan aktres itu selain akan disedekahkan kepada golongan memerlukan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar/IG
Be the first to comment on "Pelakon Nad Zainal Semakin Pulih. Ini Perkara Yang Beliau Buat Lepas Sedar"