Berangkat Ke Tanah Suci Sempena Hari Jadi, Zizi Kirana & Suami Pertama Kali Mengerjakan Umrah Bersama

Penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin buat pertama kali berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama semalam.

Lebih istimewa lagi, Zizi berangkat untuk mengerjakan ibadahnya itu sehari selepas ulang tahun kelahirannya.

“Saya Dan Suami Akan Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Ibadah Umrah .

“Kepada Semua Kenalan Kami Dekat Ataupun Jauh ,Kami Menyusun 10 Jari Memohon Kemaafan Atas Segala Salah Dan Silap Dari Kami .

“Moga Kita Semua Dapat Keredhaan Allah SWT Dan Syafaat Nabi Muhammad SAW Insya-Allah,” tulisnya.

Zizi berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Menerusi hantaran berkenaan dia turut memuat naik foto bersama suaminya yang sedang berada di lapangan terbang.

Dalam kemas kini di Instagram (IG) Story miliknya pula, terdapat video yang mana dia diraikan sempena hari jadinya dengan satu biji kek.

Sementara itu menjengah di ruangan komen rata rata mendoakan agar urusan mereka dipermudah dan selamat pergi dan balik.

Zizi dan Yusof mendirikan rumah tangga pada 16 September 2021.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : gempak.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berangkat Ke Tanah Suci Sempena Hari Jadi, Zizi Kirana & Suami Pertama Kali Mengerjakan Umrah Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*