[VIDEO] Kenduri Sambut Menantu Serba Sederhana Dipuji, Netizen Terhibur Tengok Muka ‘Ketat’ Adik Ipar Reen Rahim

Pada Ahad lalu, pelakon Reen Rahim telah diraikan dalam kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Majlis sambut menantu

Menerusi video di TikTok, Reen dilihat berkongsi kenduri dengan adik iparnya dan pasangan yang difahamkan diadakan di Sungai Besar, Selangor.

Dalam majlis suasana kampung itu, pelakon berumur 35 tahun ini mengenakan songket berwarna hijau zamrud manakala adik iparnya pula menggayakan songket berwarna maroon.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim meluahkan rasa syukur apabila majlis sebelah suaminya berjalan lancar biarpun dalam suasana sederhana.

Selain itu, Reen sempat bergurau dengan mengatakan muka adik iparnya seperti ingin pergi berper4ng apabila kelihatan sangat serius.

Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu sebelah suami. Sederhana itu indah. Tapi aku macam nak pang (tamp4r) saja adik ipar, dia ingat nak pergi per4ng ke muka macam itu.

Video:

@reenrahimmy Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah cuami.. Sederhana tu indah .. Tp aku macam nak pang je adk ipar aku, die igt die nk pg perang ke muke mem tu anat.. #hazreentilljannah #reenrahim ♬ original sound – Reenrahim

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat wajah adik ipar pelakon drama Pujaan Hati Kanda.

Pengguna media sosial juga memuji dengan sikap rendah diri dan ‘santai’ Reen yang tidak kisah berkongsi majlis meskipun bergelar selebriti.

Pada 24 Disember lalu, Reen sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.

Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : ohbulan.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Kenduri Sambut Menantu Serba Sederhana Dipuji, Netizen Terhibur Tengok Muka ‘Ketat’ Adik Ipar Reen Rahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*