Bukan Selalu Dapat Lihat. Tlga Beradik Siti Nurhaliza Nyanyi Bersama Buat Ramai Peminat Tergamam

Kuala Lumpur – Pasangan adik beradik, Siti Saida dan Siti Sairah menjadi perhatian peminat apabila tampil berp.adu suara bersama kakak mereka yang juga penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Saida dan Sairah yang juga peserta program Famili Duo itu memuat naik rakaman video yang memaparkan Sairah sedang mendendangkan sebuah lagu dan turut kelihatan Siti Nurhaliza di sisinya.

Bukan Selalu Dapat Lihat Tiga Beradik Atas Pentas

Lebih menarik, tiga beradik itu turut berp.adu suara di atas pentas dengan menyanyikan lagu p.opular Siti Nurhaliza iaitu Aku Bidadari SyurgaMu kepada tetamu yang hadir.

“Bukan senang dapat guna mikrofon Siti Nurhaliza. Kelmarin kami sempat menghadiri majlis CTDK Holdings dan bergegas membuat persiapan persembahan Famili Duo Ahad ini,” tulis Sairah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengagumi kehebatan vokal tiga beradik ini.

Malah, ramai juga mendoakan perjalanan Saida dan Sairah di pentas Famili Duo berjalan lancar.

Terdahulu, minggu keenam Famili Duo menyaksikan Saida dan Sairah sekali lagi dinobatkan juara mingguan dengan membawa medley lagu Pantun Budi dan Kurik Kundi sekali gus mendahului pertandingan dengan meraih 72.8 peratus markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM 100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara d.efinisi tinggi.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : TV3/IG/onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bukan Selalu Dapat Lihat. Tlga Beradik Siti Nurhaliza Nyanyi Bersama Buat Ramai Peminat Tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*