KUALA LUMPUR: Pelakon, Mira Filzah tidak menafikan atau mengiyakan bakal bergelar isteri kepada anak kenamaan, Wan Emir Astar pada Oktober ini.
Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019 itu menerusi program bual bicara bersama Ustazah Asma Harun di laman Facebook, Ahad lalu berkongsi kisah menarik mengenai hubungan cintanya dengan arkitek berusia 30 tahun itu.
Menerusi siaran langsung di medium berkenaan, Mira tanpa berselindung memberitahu, keluarganya dan Wan Emir sudah pun bertemu, tidak lama dahulu.
“Pertanyaan Ustazah Asma cukup spontan apakah saya dan Wan Emir sudah bertunang. Saya jawab sahaja kerana memikirkan tiada apa yang perlu disorokkan.
“Jujurnya, apa yang saya boleh komen, minta semua mendoakan yang terbaik supaya urusan berkaitan perkahwinan dipermudahkan.
“Lagipun, kita sedang diuji dengan virvs COV1D-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ustazah Asma dalam siaran langsung itu menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara keluarga seperti tanda ikatan pertunangan.
“Dalam Islam, kalau sudah ada persetujuan, kira sudah bertunang.
“Sebab sudah ada ikatan perjanjian dan persetujuan keluarga, cuma mungkin dari sudut adat, belum lagi.
“Insya-Allah, kita doakan Allah SWT mempermudahkan Mira bergelar isteri, tahun ini,” kata Ustazah Asma.
Sebelum ini, Mira dan Wan Emir yang juga anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober ini.
Difahamkan, ahli perniagaan yang mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan itu sudah menghantar rombongan merisik Mira, beberapa bulan lalu.
Pasangan yang sekian lama mengenali tidak pernah bersekolah di sekolah yang sama seperti dilaporkan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: BH
Be the first to comment on "Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Oktober Ini? Nama Tunang Sudah Didedahkan"