Selepas seminggu bersalin pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka yang diberi nama Irisa Alaia.
Berkongsi perkasa tersebut di Instagram, luah Adib dalam kesyukuran, kehadiran permata hatinya itu menambah seri dalam keluarganya.
“Dan sekarang, kami sudah bertiga. Alhamdullilah syukur, puteri kami, Irisa Alaia Muhammad Adib, telah dilahirkan pada 15 April 2020.
“Salah satu daripada detik menggembirakan bagi saya dan Izara,” tulis Adib.
Adib turut berterima kasih atas doa dan ucapan tahniah dari semua pihak.
“Terima kasih atas doa dan sokongan, kami sangat menghargai setiap ucapan anda dan harap dapat berjumpa kalian nanti.
“Oleh itu, buat waktu ini kami kongsikan foto keluarga kecil kami kepada semua,” tambahnya.
Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak diri Siti, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mengumumkan h4mil enam bulan pada 1 Januari 2020.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Dah Bertiga Sekarang” – Izara Aishah & Adib Khalid Tunjuk Wajah Anak Sulung, Namakan Irisa Alaia"