Tak tunggu hari raya, polis dah siap2 datang beraya ke rumah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat pemeriksaan di semua kawasan perumahan sepanjang Aidilfitri ini, bagi memastikan setiap kediaman tidak menerima tetamu lebih daripada 20 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM dan ATM akan membuat sias4tan lanjut terhadap kediaman yang memiliki banyak kenderaan di halaman rumah.

Sejak beberapa hari lepas, kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka yang merentas negeri untuk tujuan berhari raya akan dikenakan tindakan.

Susulan daripada itu, pihak keselamatan negara akan mengambil inisiatif dengan memantau pergerakkan mereka yang pulang berhari raya dari rumah ke rumah.

Pemantauan dah bermula?

Jadi, menerusi arahan tersebut, pihak polis dilihat sudah mulai membuat pemeriksaan apabila melihat sesebuah rumah seakan mempunyai penghuni yang ramai.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Aizuddin, dapat dilihat beberapa foto pihak polis mengetuk pintu rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Kenderaan banyak, polis mari

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh sumber, dapat dilihat pihak berkuasa datang ke rumah dan bertemu dengan pemilik rumah bagi memastikan jumlah ahli keluarga yang berada di dalam.

Hal ini berikutan kenderaan yang diparkir terlihat banyak dan agak mencuri1gakan.

Habislaa kena s3man

Walaupun kesahihan tersebut tidak dapat dipastikan, namun perkongsian ini pastinya menjadi peringatan kepada warganet yang sedang berniat atau sudah pun ‘terlepas’ pulang berhari raya di kampung.

Justeru itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di Facebook sumber berhubung tindakan tegas pihak polis ini.

“PDRM dan ATM akan membuat rondaan ketika Hari Raya di setiap kawasan. Jika didapati ada banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan semak kediaman itu untuk mengenal pasti jumlah tetamu.

“Sekiranya ada banyak kenderaan, berkemungkinan ada ramai orang dalam rumah itu, dan polis akan siasat.

“Saya nak ingatkan bahawa PDRM dan ATM akan sentiasa memantau sepanjang Aidilfitri ini bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan,” katanya pada pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya

Sekali lagi diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, rentas negeri untuk berhari raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sumber : Mohd Aizuddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak tunggu hari raya, polis dah siap2 datang beraya ke rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*