“Penantian Tiga Tahun Berakhir..” – DS Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Cinta dan perjuangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap dunia seni tidak pernah pudar.

Penantian selama tiga tahun untuk menghadirkan album ke-18 buat peminat bakal sampai ke kemuncak. Album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020 itu akan dilancarkan secara digital dan fizikal bermula 3 Julai ini.

“Selama setengah tahun album ini mengambil masa untuk disiapkan. Benar, sabar itu indah dan penuh hikmah.

“Album ini asalnya mahu dipasarkan April lalu sempena 24 tahun usia pembabitan dalam industri. Namun, tak kesampaian kerana ada kerja produksi yang belum siap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada Mac lalu. Kerja tertangguh seketika dalam tempoh PKP.

“Apabila masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya kembali memulakan kerja yang perlu dipersiapkan untuk album ini. Seterusnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), segala kerja dan sentuhan akhir album yang membabitkan kerja penggambaran dapat diteruskan.

“Album ini bakal menemui peminat sedikit masa lagi, saya memanjat kesyukuran kerana penantian ini bakal bernoktah. Ia sekaligus melenyapkan kerinduan peminat yang setia menanti,” katanya yang kali terakhir muncul dengan album SimetriSiti pada 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

the struggle is real!!! Aafiyahhhhhh!!!!😬😩

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Mengulas judul album ManisfestaSITI2020, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu menyifatkan ia sinonim dengan pelaksanaan album dan situasi dirinya pada tahun ini.

“Ia juga seperti satu penzahiran dan mewujudkan apa yang saya mahu laksanakan, keluarkan, jelaskan, kongsi dan semuanya terangkum indah menerusi album ini,” katanya kepada BH Online.

Album yang memuatkan 11 lagu termasuk single yang dipromosikan Siti sebelum ini seperti Terang, 7 Nasihat dan Basyirah.

Istimewanya, penyanyi kesayangan ramai itu turut merakamkan semula lagu Allahy4rham Datuk Sudirman iaitu Teratai Menjelma.

Antara komposer yang terbabit dalam album itu termasuklah Hael Husaini, Ezra Kong, Ippo Hafiz, Melly Goeslaw, Aubrey Suwito dan Ryan Kyoto dari Indonesia.

Album ManisfestaSITI2020 diterbitkan Siti Nurhaliza Productions bekerjasama dengan Universal Music Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Stay Safe everyone!! @creacionbysitinurhaliza , @galeriariani @beausitiofficial

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Penantian Tiga Tahun Berakhir..” – DS Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*