“Ramping Macam Kerengga” Dalam Drama Nampak Berisi, Penampilan Janna Nick Buat Ramai Terkeejut

Menjadi kaum wanita ni bukannya mudah, kejap-kejap kena jaga muka, jaga makan dan paling susah sekali ialah nak jaga badan!

Kalau dapat maintain b0dy slim sepanjang masa pun dah rasa bertuah, tapi biasanya susah juga nak maintain kurus kan?

Janna Nick Gets Roasted For Controversial Remark About Covid-19

Sama juga la buat pelakon yang namanya kini semakin hari semakin bertambah berseri, iaitu Janna Nick.

Seperti biasa sebelum bersiaran di program Melodi, Janna akan memuat naik fotonya bagi mempromosikan program tersebut di laman sosialnya.

Melalui foto tersebut dapat dilihat Janna kelihatan agak ramping ditambah pula dengan dress berwarna emas tersebut, menampakkan lagi kejelitaan pelakon dan pengacara berusia 26 tahun itu.

Selain menerima komen pujian, ada juga beberapa peminatnya menegur bahawa Janna kelihatan agak kurus berbanding penampilannya di dalam drama Melastik Ke Hatimu yang menggandingkan dirinya bersama dengan Andi Bernadee.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji pinggang Janna yang ramping bak kerengga!

Bagi menjawab soalan yang diajukan mengapa menerusi drama tersebut badannya kelihatan agak berisi, dengan selamba Janna menjawab bahawa semua itu mengikut musim cuaca sahaja.

Alamak! Agak-agaknya kena maintain cuaca apa kalau nak b0dy meletup macam Janna ni ya?

Apa pun, jangan lupa saksikan drama Melastik Ke Hatimu setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di TV3.

Sumber foto: Instagram Janna Nick

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-ramping-macam-kerengga-dalam-drama-nampak-berisi-peminat-puji-janna-nick-kurus/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ramping Macam Kerengga” Dalam Drama Nampak Berisi, Penampilan Janna Nick Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*