Dib3nci gara-gara lakonan ‘over’ Datin Mona, rupa-rupanya Ziema Din bukan calang-calang… Dah 18 tahun jadi pelakon

DIKECAM gara-gara watak ibu mentua jahat dalam drama Dendam Seorang Isteri, pelakon Ziema Din mengaku sengaja membuat penonton marah dengan lakonannya.

Ziema atau nama sebenarnya Rozima Bidin, 38, menganggap kecaman dan kritkan yang diterima itu membawa maksud lakonannya berhasil.

“Setiap kali saya terima tawaran, saya akan study dahulu watak… sama juga dengan watak Datin Mona ini. Watak Mona ini memang begitu.

Ziema

Ziema bawa watak ibu mentua kepada Fasha.

“Sampai episod 80 pun orang akan benci. Jadi, saya kena create watak itu supaya orang memang tak suka dan rasa meny4mpah.

“Saya memang dari awal dah bersedia dengan kec4man dan kritik4n netizen. Bagi saya, kalau orang b3nci, lagi bagus.

“Saya akan berasa sedih kalau orang tak bercakap fasal watak Mona. Sebab watak itu memang minta dikec3m,” kata Ziema kepada mStar.

Segelintir netizen mengkritik lakonan Ziema yang dikatakan masih kekok dan terlalu berlebih-lebihan ketika melakonkan watak antagonis itu.

Menganggap tiada keperluan untuk pertahankan diri, Ziema tetap terbuka sahaja dengan segala kecaman dan kritik4n netizen terhadap lakonannya.

Biarpun masih terdapat segelintir netizen tidak mengenalinya, namun Ziema bersyukur ramai peminat mengingati lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah.

Ziema 2Ziema bergandingan dengan Fasha dalam Dendam Seorang Isteri.

“Ikutkan saya tak perlu pun nak pertahankan diri. Sebab saya faham setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Jadi, saya terima saja semuanya.

“Saya ambil semua kecam4n dan kritikan secara positif. Sebenarnya saya dah lama berlakon… saya bermula sebagai pelakon tambahan pada 2004.

“Antara filem yang saya pernah bintangi ialah 16 Puasa, 17 Puasa dan paling orang ingat, watak saya dalam Hantu Kak Limah,” ujarnya.

Selain Ziema, drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu turut diterajui oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dib3nci gara-gara lakonan ‘over’ Datin Mona, rupa-rupanya Ziema Din bukan calang-calang… Dah 18 tahun jadi pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*