[VIDEo] Tindakan terhadap ASP wanita buat ‘live’ TikTok semasa serbvan bergantung hasil siasatan JIPS – Ayob Khan

SEBARANG tindakan terhadap pegawai polis yang membuat video langsung (live) menerusi aplikasi TikTok semasa serbvan di sebuah pusat hiburan, akan bergantung kepada laporan penuh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, kata Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu berkata, pegawai polis wanita berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) berkenaan merupakan petugas di JSJN Bukit Aman.

“Arahan berhubung kandungan serta ucapan peribadi di media sosial telah dikeluarkan pada Mei 2014, Ogos 2020 dan Februari 2021.

“Tindakan sewajarnya akan diambil tetapi berdasarkan laporan JIPS,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Isnin.

Ayob berkata beliau tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam salah laku.

“Kami tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesal4han.

“Malah ketika saya di Johor, saya mengambil tindakan terhadap mereka yang berpangkat Superitendan,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata beliau telah mengarahkan JIPS untuk menyiasat perkara berkenaan.

Razarudin berkata jabatan itu juga akan mengeluarkan pekeliling mengenai penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota polis.

Dalam video berdurasi 1.38 saat yang kini tular di media sosial, polis wanita berpangkat ASP itu menerangkan mengenai sebahagian skop kerjanya menjalankan serbvan dan pemeriksaan.

Pegawai polis itu kemudian melahirkan rasa terkejvt kerana videonya menarik lebih daripada 1,400 penonton dan berkata dia berharap akaun TikToknya akan mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut.

Tindakannya itu mengundang kec4man pengguna media sosial kerana disifatkan sengaja meraih publisiti sehingga mencemarkan imej pasukan polis.

Pada Ogos 2020, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan melarang pegawai dan anggotanya berkongsi kandungan di media sosial peribadi semasa berpakaian seragam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEo] Tindakan terhadap ASP wanita buat ‘live’ TikTok semasa serbvan bergantung hasil siasatan JIPS – Ayob Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*