“Tegar Pinjam Duit 20 Juta padahal..” – Bekas Isteri Tegar Mula Ceritakan Perkara Ini

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai kerana dia amat dikenali di Malaysia.

Bercerai selepas 2 tahun bernikah, Perkahwinan yang baru sahaja berusia 2 tahun nampaknya tidak bertahan lama selepas penyanyi berkenaan memaklumkan yang dirinya sudah berpisah dengan isteri, Sarah Sheilka di Insta Story.

Hadapi tekanan

Menurutnya, dia mengalami tekanan perasaan sehingga badannya menjadi kurus disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi.

Bekas isteri dedah Tegar kerap pinjam duit

Menjengah ke Instagram bekas isteri kepada Tegar yang juga merupakan instafamous di Indonesia, wanita muda itu turut berkongsi kenyataan di Insta Story miliknya siang tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Sarah Sheilka seakan mendedahkan yang bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang terdekat melihat daripada direct message (DM) di Instagramnya sebelum ini.

Dia juga sekaan menggunakan nama ‘anak dan isteri’ setiap kali meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mengalami masalah kewangan serta mempunyai tabungan yang cukup untuk makan setiap hari.

Alasan nak bayar rumah pulak

Disebabkan kondisi mereka yang sudah bercerai, jadi tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan yang sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini.

Tambahnya, jika Tegar menggunakan alasan untuk membayar rumah yang telah dibeli untuk isteri dan anak, dia meminta agar perkara tersebut dipertanyakan semula kerana mereka sudah membatali hasrat tersebut disebabkan penceraian yang berlaku.

Pendedahan yang dibuat Sarah itu dilakukan sejurus selepas Tegar memaklumkan bahawa mereka sudah bercerai.

Dalam kenyataan yang dibuat bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia menyatakan berasa penat sekali dalam mengharungi pelbagai masalah yang melanda perkahwinan mereka.

Untuk makluman, Sarah dan Tegar telah bernikah sekitar Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun.

Terdahulu Tegar Septian pilih ‘kahwin mudar kana mahu menghilangkan (elak) zna”.

Demikian penjelasan penyanyi kelahiran Indonesia, Tegar Septian, 21, secara ringkas mengenai keputusan yang diambilnya untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Sarah Sheilka pada Mac 2020 lalu ketika berumur 19 tahun.

Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.

“Alhamdulillah, sejak mendirikan rumah tangga, saya kerap berada di rumah bersama isteri dan anak. Saya lebih dewasa kerana sentiasa fikirkan tentang keluarga kecil saya.

“Tambah pula, saya juga sudah jarang melepak di luar dengan kawan-kawan. Jadi, duduk di rumah dan memberi fokus pada perkongsian kandungan di YouTube saja,” katanya.

Meskipun baru menjengah usia awal 20-an, Tegar jelas kelihatan semakin matang dalam berbicara dan tutur kata amat dijaga sejak bergelar bapa.

Berbicara juga pembabitannya di Big Stage 2022, Tegar menjelaskan yang dia mahu menjadikan pentas pertandingan itu sebagai platform untuk dirinya kembali berkarya.

“Alhamdulillah, isteri dan keluarga yang berada di Indonesia faham tentang hasrat saya untuk kembali menyanyi. Penyertaan saya ini juga demi kesenangan dan masa depan kami bersama.

“Insya-Allah, kalau diberi peluang mereka akan datang untuk melawat saya di sini,” katanya.

 

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trending

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tegar Pinjam Duit 20 Juta padahal..” – Bekas Isteri Tegar Mula Ceritakan Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*